Sunday 3 July 2011

:: Sejarah Pengetua SMK Kedawang ::

EN. NORDIN BIN MATT                                                
01.12. 1983- 31.12.1984

EN. ADAM BIN MAHMUD                                              
01.01.1985-15.12.1987

EN. AHMAD BIN ISMAIL 
16.12.1987-31.01.1989

EN. ADAM BIN MAHMUD  
01.02.1989-31.03.1992

TUAN HJ NAYAN BIN BAKAR
16.09.1991-15.01.1992

EN.CHE HASHIM BIN BAKAR
16.01.1992-31.01.1995

EN. JUHARI  BIN BULAT
01.02.1995-15.06.1995

EN. MURAD BIN AHMAD
16.11.1995-15.01-1998

TUAN HAJI AZHAR BIN ISMAIL
16.01.1998-29.02.2000

TUAN HAJI AZIZ BIN AHMAD
01.04.2000-31.12.2004

TUAN HAJI MADZI BIN SAAD
31.12.2004-31.05.2006

PUAN FAUZIAH BINTI OSMAN
31.06.2006-05.10.2007

TUAN HAJI MARZUKI BIN DAUD
16.10.2007-14.01.2009

PUAN HAJJAH NORAINI BINTI WAN AWANG
06.01.2009- SEKARANG 

:: Sejarah SMK KEDAWANG ::

SMK Kedawang, Langkawi

Sekolah  Menengah Kebangsaan Kedawang dibuka pada bulan Januari 1984 hingga kini telah mencatatkan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek khususnya kurikulum.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang terletak di atas Lot 1122 di Mukim Kedawang Langkawi. Keluasan kawansannya ialah 8.1hektar. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah menengah dari 9 buah sekolah menengah di Pulau Lagenda ini. Sejarah sekolah ini bermula apabila pengajiannya dilaksanakan pada Januari 1984. Ketika itu hanya terdapat 16 orang guru termasuk pengetua dan pelajarnya pula seramai 70 orang. Sehingga kini jumlah guru sekolah ini ialah seramai 80 orang manakala staf bukan akademik pula ialah sebanyak 8 orang dengan bilangan pelajar seramai 988 orang.

Pada tahun 1840 sehingga Disember 1987 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Temonyong. Tercatat satu lagi lembaran sejarah apabila nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kedawang pada tanggal Disember 1987. Pertukaran nama sekolah ini disebabkan pihak PIBG ketika itu kurang bersetuju dengan nama asal sekolah ini. Pada pendapat mereka adalah lebih sesuai sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang sempena nama Mukim Kedawang. Pada tahun 1988, sekolah ini dinaiktaraf sebagai sekolah Gred A.

Dalam menongkah arus perdana, SMK Kedawang telah mengorak langkah dengan mencipta beberapa kejayaan yang membanggakan. Antaranya menjadi Juara keseluruhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Langkawi, mengalahkan musuh tradisi, Sekolah Kebangsaan Mahsuri, mewakili daerah Langkawi dalam acara ‘Public Speaking’ Bahasa Inggeris dan Syarahan Bahasa Melayu, Johan pesta pantun daerah dan  naib johan Bola tampar daerah.

Berbekalkan kejayaan masa kini, SMK Kedawang akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ke taraf global selari dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.